Dalam artikel sebelum ini saya ada kongsikan apa itu RPGT atau CKHT. Iaitu cukai ke atas keuntungan bersih bagi rumah yang dijual sebelum waktu matang iaitu 5 tahun.
Mungkin ramai tak tahu yang RPGT ni boleh dielakkan tetapi ada syaratnya untuk dikecualikan daripada membayar RPGT.
Terdapat pengecualian dibenarkan untuk RPGT . Di antara pengecualiannya adalah:
1. Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan sebuah rumah sekali dalam seumur hidup bagi individu.
2. Pengecualian ke atas keuntungan yang berpunca daripada penjualan hartanah antara sesama ahli keluarga (Contoh: suami kepada isteri , ibu bapa kepada anak-anak, datuk nenek dan cucu)
3. 10 % daripada keuntungan ATAU RM10,000 setiap transaksi ( yang mana lebih tinggi ) tidak dikenakan RPGT.
Pada yang sudah ada rumah dan ingin menjual aset mereka kurang daripada tempoh 5 tahun, korang akan melalui proses ini. Kebiasaan bagi pelabur yang bermain flipping dalam tempoh masa yang singkat.
Jadilah penjual yang bijak dan gunakan imuniti ini pada masa dan waktu yang sesuai. Kalau nilai keuntungan anda menjual rumah sangat tinggi maka wajar untuk menggunakan imuniti RPGT ini.
Cara Pengiraan RPGT
Karim membeli rumah pada tahun 2011 pada harga RM300,000. Pada tahun 2015 karim menjualnya pada harga RM500,00. Lain-lain kos seperti duti setam, peguam dan lain-lain.
1. Harga Jualan – Harga Belian
RM500,000,- RM300,000 = RM200,000
2. Tolak kos peguam dan lain2 sebanyak RM15,000
RM200,000 – RM15,000 = RM185,000
3. Tolak Pengecualian (10k @ 10% daripada Untung Jualan yang mana lebih tinggi)
RM185,000 - RM10,000 = RM175,000
4. Kadar RPGT bagi tempoh 4 tahun adalah sebanyak 20% cukai dikenakan
20% x RM175,000 = RM35,000
No comments:
Post a Comment