Monday, 13 July 2015

Pembeli Rumah Juga Terlibat Dalam Kos RPGT?

Kali ni nak story pasal RPGT lagi. Sebab ada follower MB tanya :

RPGT dibayar oleh pembeli ke atau pemilik rumah yer?

Dia musykil lalu dia tunjukkan detail pembayaran untuk legal fee beliau dimana terdapat klaus pembayaran RPGT.

Lalu MB explain kat dia secara ringkas. Alhamdulillah dia faham..

So kat sini MB nak terangkan lebih lanjut. RPGT ialah Cukai Keuntungan Harta Tanah dimana setiap pemilik rumah yang menjual rumah mereka kurang dari tempoh 5 tahun akan dikenakan RPGT, terhadap keuntungan hasil jualan rumah tersebut.

Untuk kes follower MB ni, dimana dia dalam proses membeli rumah. Ya! Dia juga perlu membayar RPGT sebagai pembeli. Tetapi ianya bukan seperti jumlah yang penjual rumah perlu bayar, sebaliknya pembeli perlu membayar sejumlah harga sebagai kos pendaftaran  terhadap LHDN untuk pengistiharan harta tanah yang baru dibeli tersebut.

Supaya senang nanti semasa anda hendak menjual rumah itu , LHDN sudah pun mempunyai rekod terhadap hartanah yang anda beli dahulu. Disitulah LHDN akan menentukan RPGT anda nanti juga sebagai track record mereka.

Contoh legal fee semasa membeli rumah

Jika anda berurusan dengan peguam, cas tersebut akan dimasukkan dalam legal fees. No wonder nanti anda akan lihat kos RPGT dalam legal fee nanti.

So betullah memang pembeli juga turut terlibat dalam RPGT.

No comments:

Post a Comment