Persoalan yang selalu bermain di fikiran mereka yang ingin membeli rumah ialah LOKASI. Dimana lokasi atau kawasan yang sesuai untuk mereka beli rumah.
Salah satu aspek apabila hendak beli hartanah ialah LOKASI hartanah tersebut. Ini penting bagi mengetahui demand sesebuah lokasi tersebut. Lokasi seperti ini memang menjadi tumpuan orang ramai untuk duduk atau menyewa. Malah dalam tempoh beberapa tahun lagi kawasan lembah klang akan dipenuhi dengan public transport seperti MRT dan LRT di lokasi yang strategik.
Tidak perlu pening dengan kesesakan lalu lintas di jalanraya lagi jika ingin keluar ke pejabat atau membeli belah kerana MRT/LRT dapat selesaikan masalah ini malah tidak mustahil beberapa tahun lagi jika korang buka sahaja pintu rumah korang akan nampak laluan MRT/LRT. Jadi memang sesuai lokasi yang berhampiran dengan MRT/LRT dijadikan lokasi tumpuan untuk invest ataupun duduk.
Salah satu lokasi yang gua ingin kongsikan ialah di Sg Buloh dan Damansara Damai juga kawasan sekitarnya.
LALUAN MRT SSP ( Sg Buloh - Serdang - Putrajaya ) adalah laluan MRT kedua yang akan dibangunkan.
Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya, dan merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.
Laluan yang dicadangkan mempunyai jarak 52.2km di mana 13.5km berada di bawah tanah. Sebanyak 36 buah stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah, akan dibina.
PS : Gua ada 2 unit di damansara damai nak letgo...
No comments:
Post a Comment