Thursday, 9 July 2015

Kos Beli Rumah Subsale Yang Anda Patut Tahu

Masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang pertama kali hendak membeli rumah subsale ialah KOS yang perlu dikeluarkan dalam proses membeli rumah.

Inilah yang sering dihadapi oleh mereka yang pertama kali ingin membeli rumah dan tidak ada bekalan ilmu didada. 

Persediaan yang kurang mengakibatkan perasaan takut akan muncul dalam diri mereka kerana takut dengan KOS yang akan dibelanjakan sangat banyak tanpa mengetahui dan mempelajari proses membeli rumah.

Bila diri sendiri tidak tahu apa apa pasal KOS membeli rumah ianya sangat bermasalah kepada anda dan akan menjadi penghalang buat anda untuk memulakan langkah membeli rumah.

Bagi yang sudah pernah melalui proses membeli rumah ianya tidak menjadi masalah pada mereka kerana mereka sendiri sudah tahu kos kos yang akan terlibat semasa urusan membeli dan menjual rumah.

Jadi tidak timbul pertanyaan tentang KOS oleh mereka yang sudah melalui pengalaman membeli rumah pertama

So tips kali ini aku kongsikan untuk mereka yang masih blur lagi tentang kos kos yang terlibat semasa membeli rumah.

Antara kosnya adalah :

1. Deposit 10% dari harga rumah

2. Legal Fee SPA / SNP 

(lebih kurang 2-3% dari harga rumah)

3. Legal Fee Loan 

(lebih kurang 2-3% dari harga rumah)

4. Valuation Fee 

(kurang 1% dari loan value)

5. Renovation Rumah (Jika perlu)

Jadi apa masalah pembeli pembeli sekarang?

Kebanyakan mereka yang ingin membeli rumah hanya menyediakan deposit 10% sahaja. 10% ni memang wajib untuk pembeli membayar kepada penjual. 

Kalau takde 10% cash anda boleh keluarkan duit dalam akaun 2 KWSP anda untuk tujuan membeli rumah.

Sepatutnya kalau boleh kita sebagai pembeli ada buffer untuk legal fee dan valuation fee. Masukkan 2 perkara ini dalam bajet anda. Kalau pun tak banyak atleast sedikit.

Disebabkan hanya menyediakan 10% sahaja, bila diminta bayar legal fee sudah tiada duit. ​Sebab itu 10% pun kadang kadang tak cukup kerana pembeli ada kos lain yang perlu dibayar iaitu kos guaman , kos perjanjian pinjaman, dan kos kos lain yang perlu dibayar walaupun sesetengahnya dicover dalam pinjaman perumahan anda dan ditolak terus dari pinjaman. Tetapi ada juga kos yang kita terpaksa dahulukan duit kita dahulu.

Pada anak anak muda dan mereka di luar sana pastikan dulu kewangan tambahan anda ada dan cukup untuk membeli hartanah bukan hanya setakat 10%. Ada simpanan lebih 10% pun lagi bagus contoh macam mana anda boleh invest di ASB, TH, Unit Trust dan pelbagai lagi. Sekurang-kurangnya bank akan menilai juga saving kita semasa permohonan pinjaman perumahan untuk kuatkan dokumen kita.

Menabung la sikit sikit lama lama jadi bukit.

** Insyaa allah next tips akan aku kongsikan pula legal fee punya cas.

No comments:

Post a Comment