Tuesday, 28 July 2015

Perlindungan Takaful Hartanah


Antara persoalan dari newbie yang sering menyapa whatsapp saya.

1. Apa benda MRTT/MRTA tu bro?
3. MLTT/MLTA tu apa pula?
2. Kena ambil ke bro?

Sebenarnya secara amnya adalah sama tapi x serupa iaitu gadai janji yang dikhaskan untuk protect LOAN rumah anda. Tetapi dari segi term:

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful

3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance

4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

MRTT/MRTA
---------------------

MRTT / MRTA adalah diwajipkan untuk perlindungan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal semasa tempoh pembiayaan pinjaman perumahan anda.

Bahasa mudah ialah sekiranya sesuatu terjadi kepada diri anda (mati atau hilang upaya kekal), maka jumlah baki pinjaman perumahan anda yang masih ada dengan bank akan diselesaikan melalui pelan MRTT / MRTA yang telah diambil.

MLTT/MLTA
-------------------

MRTA/MRTT, insuransnya dimasukkan ke dalam pinjaman perumahan. Bagi MLTT/MLTA, ia tidak dimasukkan ke dalam pinjaman kerana ia adalah insurans peribadi dengan cara menginsuranskan nyawa kita senilai dengan nilai rumah dan menjadikan pewaris adalah keluarga kita.

Sekiranya berlaki musibah kepada kita, syarikat insurans akan membayar baki pinjaman kepada bank dan lebihannya akan diberikan kepada keluarga kita berserta jumlah simpanan/ keuntungan yang terkumpul.
....

** Level maksudnya jumlah perlindungan dalam kadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa. (FIX)

** Reducing pula bermaksud jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman sepanjang tempoh perlindungan. (FLEXIBLE)

** Takaful adalah pelan perlindungan islamik

** Assurance adalah pelan perlindungan Konvesional

#EjenKacak #PasarHartanah #TipsHartanah MB - Perunding Hartanah Kacak

No comments:

Post a Comment