Tempoh hari gua ada share tentang status geran rumah flat/apartment samada masih master title lagi atau strata title.
Kemudian ada yang bertanya macam mana nak tahu status rumah tersebut?
So kat sini gua nak sharing teknik kacak gua macam mana korang nak tahu status geran rumah. Jawapannya tentulah dengan gua sebab tu gua jadi ejen untuk bantu korang...
Sebenarnya macam ni.. korang boleh minta salinan geran rumah tersebut daripada pemilik rumah sendiri. Kadang kadang mereka ada simpan. Kalau pemilik takde simpan boleh guna cara lain.
Korang juga boleh pergi ke JMB (pihak menguruskan maintanance apartment) apartment tersebut untuk minta salinan geran atau boleh bertanya terus kepada mereka. Setiap apartment mempunyai JMB mereka sendiri untuk menguruskan apartment tersebut.
Cara ketiga jika anda punyai rakan rakan peguam atau Conveyancing Lawyer boleh minta pertolongan mereka untuk lakukan carian tentang rumah yang anda ingin beli. Tapi bayarlah pada mereka sikit untuk buat kerja tu bukan free je. Kalau free alhamdulillah...Ye tak..
Kemudian korang boleh juga call developer rumah tersebut sebab dorang lebih tahu...
Dan yang terakhir, kalau korang terlalu rajin korang boleh pergi direct ke pejabat tanah mengikut daerah rumah tersebut dan bertanya terus kepada mereka tentang status rumah yang anda ingin beli tu.
Ataupun kalau korang malas dan tak punyai masa bolehlah guna khidmat gua sebagai perunding hartanah kacak korang untuk selesaikan permasalahan korang.
¶¶ Jika bermanfaat sila share untuk ilmu ini dikongsikan.
No comments:
Post a Comment