Saturday, 4 July 2015

Kenapa Perlu Beli Hartanah Bawah 300K

Ciri utama yang pembeli ingin membeli rumah salah satunya ialah berdekatan dengan public transport seperti MRT/LRT.

Memang bagus kalau rumah yang kita nak beli tu betul betul berhampiran dengan stesen MRT/LRT tapi lebih bagus lagi jika rumah kita tu betul-betul atas MRT/LRT.. Sangat tinggi valuenya..

Sebab apa? Sebab ianya LOKASI tumpuan dan hot.. Prospek penyewa memang tinggi..Tak perlu nak risau apa dah.. Cantikkan je rumah korang tu..Pasti ada yang nak menyewa nanti.. Pulangan positif..

Tapi kena ingat je lah kalau nak beli sekarang yang under-construction memang dah berjuta dan ratusan ribu harganya... Mampu atau tak mampu je lah korang bayar.. Berbaloilah untuk pelaburan korang..

Tapi bagaimana jika korang tak mampu untuk beli property undercon? Property macam mana yang korang boleh invest? Maklumlah kalau projek undercon dah takde dah yang harga murah murah..

So korang belilah property subsale..

Property yang paling selamat untuk korang melabur adalah property yang harganya di bawah RM300K ke bawah..

Kenapa?

Sebab tinggi demand nya..Lebih banyak prospek yang akan membeli atau menyewanya nanti.. Market pun sangat luas kerana ramai di luar sana yang mampu untuk membeli property harga sedemikian.. Landed pun ada yang bawah 300K.. Pandai cari jumpalah..

Jadi melaburlah pada property yang korang mampu beli dan miliki.. Senang korang nak uruskan nanti.. Kalau property mahal pun tapi xde tenant pun payah juga ye tak...

#Insyaa allah dalam masa terdekat aku akan kongsikan project yang sesuai untuk korang invest dan betul betul dekat dengan hub MRT...

2 comments: