1. Semasa tuan hamba semua ingin membeli flat atau apartment. Salah satu perkara yang tuan hamba semua perlu tahu sebagai pembeli ialah status geran rumah tersebut.
2. Terdapat 2 jenis status dalam geran iaitu Master Title & Strata Title.
3. Apa yang dimaksudkan dengan Double transfer ialah proses penukaran nama di dalam geran dimana nama dalam geran masih lagi nama DEVELOPER. Belum ditukar kepada nama pemilik walaupun sudah ada pembeli.
4. Kadang kadang sudah lebih 10 tahun pun masih lagi developer tidak keluarkan strata kepada pemilik rumah.
5. Proses Double Transfer ialah Developer - Vendor - Buyer. Dimana ia perlu melalui 2 kali penukaran nama dalam geran.
6. Proses Direct Transfer pula lebih mudah dan cepat dimana hanya sekali penukaran sahaja dilakukan. Dimana geran nama developer terus ditukar kepada nama pembeli baru tanpa melalui vendor.
7. Developer - New Buyer. Sekali sahaja penukaran berlaku. Tetapi kes Direct Transfer ini tidak banyak berlaku kerana developer lebih suka menukarkan nama dalam geran dengan cara double transfer.
8. Kedua-dua proses penukaran nama dalam geran ini akan mempengaruhi proses pembelian rumah tuan hamba semua samada cepat ataupun lambat. Jika lambat ini bermakna tuan hamba sedang melalui proses Double Trasfer.
**Sama macam hamba dulu waktu nak takel Norra Danesh, hamba tak pergi ke dia terus tapi hamba takel melalui kawan dia dahulu. Sebab tu la lambat...Nampak x..
MB - Perunding Hartanah Kacak #InfoHartanahKacak
No comments:
Post a Comment