Servis REN

1. Menjual hartanah pemilik jika diberikan kebenaran menjual.

2. Menyelidik tentang hartanah tersebut ( Status geran, Maintanance, Kerosakan hartanah dll )

3. Membuat Pre-Scan pembeli untuk ketahui DSR pembeli supaya mudah untuk pembeli tahu tahap kelayakan pinjaman mereka.

4. Membantu pembeli dalam menguruskan pinjaman perumahan dan perlantikan Conveyancing Lawyer.

5. Mencari pembeli untuk membeli hartanah yang ingin dijual / disewa oleh pemilik hartanah tersebut.


Selain itu :

1. Bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan antara pembeli dan penjual, secara amnya mewakili satu atau yang lain.

2. Bandingkan sesebuah hartanah dengan hartanah yang sama yang telah dijual sebelum ini untuk menentukan harga pasaran yang kompetitif.

3. Menasihati pelanggan tentang keadaan pasaran, harga, gadaian, keperluan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan.

4. Menggalakkan jualan hartanah melalui iklan dan sertai komuniti untuk jual rumah dalam listing anda.

5. Menemani pembeli semasa lawatan dan pemeriksaan hartanah, menasihati mereka tentang kesesuaian dan nilai rumah yang mereka lawati.

6. Buat survey pada bakal pembeli untuk menentukan jenis hartanah yang mereka cari.

7. Hubungi pemilik hartanah dan beritahu perkhidmatan anda untuk mendapatkan kebenaran dari pemilik untuk menjual hartanah tersebut.

8. Menjawab soalan pelanggan mengenai kerja-kerja pembinaan, pembiayaan, penyelenggaraan, pembaikan, dan penilaian.

9. Menasihatkan penjual tentang bagaimana untuk membuatkan rumah yang ingin dijual nampak lebih menarik kepada bakal pembeli.

10. Selidik status kewangan dan kredit pembeli untuk menentukan kelayakan pembiayaan pinjaman perumahan.

11. Menilai hartanah untuk menentukan nilai pinjaman.

12, Mengatur mesyuarat antara pembeli dan penjual apabila ada butiran transaksi yang perlu dirundingkan.

13. Menyewa atau menjual hartanah bagi pihak pelanggan.

14, Lawati hartanah tersebut untuk menilai sebelum menunjukkan kepada pelanggan.


No comments:

Post a Comment