Thursday, 12 December 2019

4 Cara Buat Duit Dengan Hartanah


Bagaimana Pelabur Hartanah Buat Duit 

Pelabur hartanah di Malaysia membuat duit mereka dalam empat cara:

1. Capital Growth ( Pertumbuhan modal)
Nilai pasaran hartanah yang anda beli akan meningkat dari masa ke masa. 

2. Rental Returns ( Pulangan Sewa)
Aliran tunai positif yang anda dapat dari penyewa rumah anda. Ini salah satu cara yang biasa digunakan oleh pelabur hartanah, iaitu menyewakan hartanah mereka dengan kadar yang lebih tinggi dari ansuran bulanan mereka. 

3. Forced Growth 
Bermaksud pertumbuhan modal yang akan "dihasilkan" dengan menambah nilai melalui pengubahsuaian hartanah anda. Dengan itu, harga pasaran hartanah anda akan jadi lebih tinggi akibat daripada pengubahsuaian yang dilakukan terhadap hartanah tersebut. Contoh beli rumah basic unit kemudian buat renovation. 

4. Tax Benefit (Faedah Cukai)
Cukai yang dikenakan ke atas kerugian daripada jualan hartanah anda.

Bermakna bahawa interest yang anda bayar ke atas pinjaman dan semua kos berkaitan dengan harta pelaburan anda adalah lebih daripada pendapatan / sewa yang anda peroleh dan akibatnya berlaku kerugian.

Bermaksud apa-apa kerugian bersih dari hartanah pelaburan anda boleh diimbangi dengan pendapatan lain yang mungkin dimasukkan ke dalam pendapatan anda yang boleh ditaksir.

Maksudnya  jumlah cukai yang anda perlu bayar, berpotensi dikurangkan.

No comments:

Post a Comment