Thursday, 12 December 2019

STUCK! Nak Beli Hartanah Kedua



Stuck!!!!

Pelaburan hartanah bukan sesuatu yang mudah sekiranya tanpa ilmu dan modal yang cukup untuk beli hartanah.

Harus diingat kelayakan pinjaman perumahan juga sangat penting dalam memiliki hartanah pelaburan. 

Kali ini MB nak kongsi sedikit pengalaman dan panduan buat korang yang nak melabur hartanah yang ke-2 dalam kategori subsales. 

Sebenarnya ramai yang telah minta nasihat dari MB bagaimana nak beli hartanah subsales kedua mereka setelah memilki hartanah pertama. 

Ramai yang stuck nak beli hartanah  kedua kerana rata-rata bajet mereka ialah hartanah yang berharga bawah RM 200K.

Ya, hampir 80% minta nasihat dari MB, bajet mereka ialah di bawah RM 200K untuk medium cost property. 

Kenapa med cost? 

Sebab nak beli low cost mereka dah tak layak dah kerana low cost adalah untuk hartanah pertama dan beberapa syarat lagi perlu dipatuhi. 

Bila masuk hartanah kedua, mereka ini nak tak nak kena beli hartanah selain low cost iaitu med cost. 

Apa masalah kat sini? 

Untuk makluman, hartanah med cost di bawah  RM 200K ini tak banyak pilihan dan tak semua kawasan ada di lembah kelang ni hartanah yang berharga demikian. 

Rata-rata bawah RM 200K ini ialah hartanah berstatus low cost. 

TETAPI Jangan terkejut, harga hartanah kos rendah di lembah kelang ni pun ada yang dah cecah RM 200K lebih contoh ialah flat PKNS Sek 7 Shah Alam, Flat di sekitar Lembah Pantai, Petaling Jaya beberapa kawasan lagi. 

Jadi, mereka yang ingin memiliki hartanah subsale kedua dengan bajet yang rendah dan akibat kekangan kelayakan amaun loan mereka ( DSR, NDI), mereka ini tak banyak pilihan dan tak boleh nak memilih sangat jenis hartanah dan kawasan hartanah tersebut. 

Inilah yang selalu berlaku kepada mereka yang ingin memiliki hartanah subsale kedua ketiga dan seterusnya. 

** Bajet ( Rendah )

** Kelayakan ( Terhad ) 

** Modal ( Ciput ) 

Nasihat MB, apa pilihan yang ada tu, buat study sikit tentang hartanah tersebut. Tengok balik game korang samada flip atau rental long term.

Hartanah ni subjektif. Kadang- kadang kawasan yang kita tak familiar dan tak pernah dengar, boleh bagi good investment juga. 

Selamat beramal! 



No comments:

Post a Comment