Thursday, 20 December 2018

Sign SPA Sebelum Januari 2019 Tak Kena RPGT ?

RPGT bagi tahun 2019 telah menetapkan bahawa setiap hartanah yang dijual bermula 1 Januari 2019 akan dikenakan cukai keuntungan harta tanah jika dijual selepas tahun kelima.

Jika sebelum ini RPGT akan dikenakan dari tempoh tahun pertama hingga tahun kelima sahaja dengan peratusan yang berbeza.

Tetapi yang terbaru, walaupun selepas tempoh lima tahun ia tetap akan dikenakan RPGT  sebanyak 5%.

Tapi ramai yang tersalah anggap, bahawa mereka yang ingin menjual hartanah selepas tempoh 5 tahun dan sempat menandatangani SPA sebelum Januari 2019 akan terselamat daripada perlu membayar 5% RPGT tersebut.

Salah, ianya tidak benar.

Mengikut apa yang MB tanyakan kepada peguam hartanah, RPGT 5% itu akan dikira daripada tarikh kelulusan mendapat consent (pindah milik ).

Contoh, A menjual rumah pada bulan 11 2018 kepada B, dan mereka menandatangani SPA pada bulan yang sama. Tetapi consent diberikan kepada B pada bulan 1 2019, maka A akan dikenakan RPGT sebanyak 5% walaupun hartanah tersebut sudah melebihi tempoh lima tahun.

CKHT dikenakan ke atas pelupus dalam tahun taksiran di mana transaksi pelupusan berlaku. 

Jika difikirkan secara logik, walaupun sudah tandatangani SPA, ia masih lagi belum jadi hak milik pembeli baru. Setelah consent diluluskan iaitu keizinan pindah milik kepada B telah pun berlaku maka berlakulah pelupusan harta pemilik A yang ingin menjual tadi.

Disinilah RPGT 5% tadi akan diambil kira oleh LHDN.

Diambil dari petikan RPGT LHDN ;

Tarikh penyelesaian pelupusan adalah:

(i) Pada tarikh aset dipindah milik oleh pelupus; atau

(ii) Pada tarikh di mana kesemua amaun atau nilai balasan untuk pindah milik itu telah diterima oleh pelupus, yang mana lebih awal.

Jika anda masih tidak pasti saya nasihatkan agar dapatkan penerangan dari peguam hartanah atau pun pihak LHDN sendiri.

Jadual RPGT bagi tahun 2019 ( sumber Loanstreet )



No comments:

Post a Comment