Thursday, 19 November 2015

#SisipanHartanah

Version Tengah Malam

- Urusan jual beli rumah bukanlah semudah yang kita sangka.

- Urusan jual beli rumah bukanlah seperti membeli kereta harini loan lulus esok dapat kereta.

- Urusan jual beli rumah bukanlah sepantas seperti hidupkan road tax insuran kenderaan yang boleh dapat on the spot.

- Urusan jual beli rumah bukanlah semudah seperti kita clash harini esok dapat awek lain.

- Urusan jual beli rumah bukanlan seperti kita mengambil ujian memandu dengan JPJ hanya sehari dah tahu result dari seorang pegawai.

- Urusan jual beli rumah bukanlah secepat seperti iklan ' Mee Maggi cepat dimasak sedap dimakan '.

- Urusan jual beli rumah bukanlah seperti harini kita jual rumah SEMALAM dah dapat duit.

- Urusan jual beli rumah bukanlah seperti harini kita beli rumah ESOK dah jadi hak milik kita.

Fahami proses asas dan konsep dalam jual beli rumah sebelum memulakan langkah anda.

Kadangkala ada sesetengah proses dalam urusan perlu dilalui oleh kita tanpa dijangka dan tanpa dirancang tidak kiralah dalam urusan permohonan loan, urusan legal, urusan disburst dan lain2.Ada yang mudah urusannya ada yang rumit pula dalam urusannya. Tetapi jangan jadikan ianya penghalang untuk anda memiliki rumah, jadikan segala dugaan dan cabaran tu sebagai pengalaman berharga dalam liku liku jual beli hartanah. 

Yang penting jangan mudah melatah...

Yang berani akan terus bernafsu membeli rumah, manakala yang tidak ada keberanian akan terus menunggu harga rumah menjadi murah.

#EjenKacak

Sunday, 15 November 2015

Matlamat adalah berbeza dengan Hajat. " A goal is different from a wish ".  Anda mungkin berhajat menjadi kaya, tetapi itu tidak bermakna lu orang serius  untuk mengambil langkah untuk membuat hasrat lu orang tu menjadi kenyataan. Berangan? Impian?

Menetapkan matlamat pelaburan yang jelas dan yang khusus menjadi roadmap dan action plan lu orang ke arah financial freedom .

Matlamat apa yang lu orang boleh setkan :

a) Bilangan hartanah setiap tahun

b) Aliran tunai tahunan untuk dijana

c) Jenis hartanah

d) Lokasi hartanah

MB Perunding Hartanah Kacak
0122716721
#EjenKacak

Saturday, 14 November 2015

Ok ke nak beli rumah di puncak alam...

Ini pendapat rakyat marhaen seperti gua..

Puncak alam dulu orang kata jauhlah... tempat jin bertendang lah... xde apa lah... kaw matilah... Macam2 tohmahan dilemparkan... tapi itu DULU..

DULU nak sewa RM 200 pun tak laku..Cerita owner pada gua..Memang sadis la... Bayangkanlah.. Nak role installment dgn duit sewa macam mana...

SEKARANG? Jangan kata RM200... RM 700 pun ada orang nak sewa lagi....

SEKARANG kat Puncak Alam dah banyak projek perumahan membangun... Apartment... Landed.... ada uitm puncak perdana ada uitm puncak alam...ada econsave..ada tesco... laluan highway pun mudah..

Dengan range harga apartment dalam lingkungan 120K - 150K untuk medium cost... Kalau di shah alam pun flat low cost PKNS pun sudah RM170K.. Bayangkan 3-4 tahun bagaimana range harga di Puncak Alam ini..

Prospek penyewa?? Di fasa 3  Student majoriti... Rata rata apartment yang gua survey ramai student... Sampaikan gua suka nak pergi puncak alam.. Pernah naik motor dari shah alam ke puncak alam...? Gua pernah...

Kalau tak pernah pergi puncak alam memang lah korang rasa jauh... kalau baru pergi sekali pun mmg rasa jauh.. tapi cuba pergi beberapa kali...tak jauh pun nak keluar ke shah alam, rawang, kuala selangor...

Kalau dah ulang alik pergi kerja dah biasa... Lagipun kalau nak invest bukan anda yang duduk kan.. Sudah tentu penyewa adalah dikalangan mereka yang berkerja di sana, student uitm...

Lately ramai call gua bertanyakan rumah sewa di puncak alam....

Jadikan puncak alam kawasan pembelian rumah lu orang seterusnya...


MB - Perunding Hartanah Kacakkk
0122716721
#EjenKacak

Friday, 13 November 2015

Dalam pasaran jualan hartanah, rata rata persaingan yang dihadapi oleh Seller ialah isu HARGA rumah yang dijual/disewakan oleh seller lain. Anda akan memasuki fasa PERSAINGAN.

Bayangkan di kawasan anda , lokasi yang sama ada lagi beberapa unit yang hendak dijual/disewa. Jadi bagaimana anda sebagai seller hendak bersaing dengan yang lain dan memastikan anda berjaya menjual/menyewakan rumah anda?

Anda sebagai seller sudah pasti akan bertungkus lumus untuk menjual/menyewakan rumah anda walau apa cara sekalipun.

Hadam kan tips ni.

Point paling penting untuk anda bersaing adalah dari segi 'CONDITION' rumah.

1. Lakukan PEMERIKSAAN anai-anai lebih awal sebelum anda menjual/menyewakan rumah anda.

2. Lakukan kerja PEMBAIKAN rumah jika terdapat kerosakan di dalam dan luar rumah, seperti tombol pintu yang rosak, pintu tandas yang reput, lantai parket yang sudah tertanggal, sinki tersumbat dll.

3. Jika rumah yang hendak dijual tidak mempunyai penyewa maka lakukanlah proses DECORATE rumah. Anda boleh cat rumah dengan warna warna yang menarik dan menghairahkan Hias sedikit dengan aksesori dan perhiasan bagi mencantikkan rumah tersebut.

3 point di atas sangat penting tatkala anda mahu menjual/menyewakan rumah. Ingat, segala keputusan prospek buyer adalah dari 'SITE VIEWING'. Itulah titik permulaan untuk menarik minat buyer membeli/menyewa rumah anda.

Jika pada point Site Viewing anda sebagai Seller gagal, maka anda akan menghadapi kesukaran menjual/menyewakan rumah kecuali anda menurunkan harga yang sangat rendah.

MB - Perunding Hartanah Kacak
0122716721
#EjenKacak

Tuesday, 10 November 2015

Jadilah Pelabur Hartanah Yang Berilmu

* Ilmu merupakan senjata paling berkesan dalam pelaburan hartanah. Tanpa ILMU anda pasti akan mengikuti nasihat orang lain tanpa mengetahui sama ada ia baik atau buruk.

* Ilmu juga akan membantu anda daripada menjadi ' Good Investor' kepada ' Great Investor ', dan ILMU pengetahuan juga akan membantu anda merancang aliran pasif pendapatan dalam pelaburan hartanah anda.

Belajarlah dengan GURU bukan hanya dengan BUKU.

MB - Perunding Hartanah Kacak
0122716721
#EjenKacak

Ejen Kacak dah payung, hadam kan...

SYARAT kelayakan untuk memohon rumah  SELANGORKU adalah seperti berikut:

√ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas

√ Pendapatan MINIMUM bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan

√ Pendapatan MAKSIMUM isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan

√ Pemohon (suami/isteri) TIDAK mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.

√ Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon

√ Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.

√ Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan

√ Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.

√ Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU

Bagaimana nak daftar Rumah SELANGORKU ?

Daftar DISINI

MB - Perunding Hartanah Kacak
0122716721
#EjenKacak

Ramai yang blur dan kurang fahami proses nak beli/jual rumah apabila menggunakan khidmat ejen hartanah..

Antara salah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka ialah menandatangani OTP.

Saya nak share sikit apa bendanya OTP tu?
Ok, OTP stand for Offer To Purchase bermaksud hitam putih perjanjian antara agensi hartanah, pemilik dan bakal pembeli yang bersetuju untuk membeli rumah tersebut.

Di dalam OTP akan dimaklumkan :

1. Jenis property
2. Alamat Property
3. Tarikh
4. Harga Jual Rumah
5. Ruangan tandatangan Pembeli, Penjual, Ejen Hartanah sebagai saksi


Dan ada beberapa perkara lagi tertakhluk pada agensi hartanah tersebut.

Anda juga yang meletakkan Syarat syarat tambahan di dalam OTP supaya jelas di kemudian hari.

Seperti status deposit 3% jika permohonan loan pembeli gagal dan beberapa perkara lain lagi. ( depends pada OTP agensi hartanah masing-masing dan persetujuan antara penjual dan pembeli. )

OTP inilah akan digunakan oleh ejen hartanah untuk submit loan pembeli selain SPA. Begitu juga dengan peguam yang perlukan salinan OTP ini untuk rujukan.

Jadi pastikan jika anda berurusan dengan ejen hartanah, anda ada salinan softcopy/hardcopy OTP ini untuk simpanan dan rujukan.

MB - Perunding Hartanah Kacak
0122716721
#EjenKacak