Friday, 13 November 2015

Beat The Competition With Condition

Dalam pasaran jualan hartanah, rata rata persaingan yang dihadapi oleh Seller ialah isu HARGA rumah yang dijual/disewakan oleh seller lain. Anda akan memasuki fasa PERSAINGAN.

Bayangkan di kawasan anda , lokasi yang sama ada lagi beberapa unit yang hendak dijual/disewa. Jadi bagaimana anda sebagai seller hendak bersaing dengan yang lain dan memastikan anda berjaya menjual/menyewakan rumah anda?

Anda sebagai seller sudah pasti akan bertungkus lumus untuk menjual/menyewakan rumah anda walau apa cara sekalipun.

Hadam kan tips ni.

Point paling penting untuk anda bersaing adalah dari segi 'CONDITION' rumah.

1. Lakukan PEMERIKSAAN anai-anai lebih awal sebelum anda menjual/menyewakan rumah anda.

2. Lakukan kerja PEMBAIKAN rumah jika terdapat kerosakan di dalam dan luar rumah, seperti tombol pintu yang rosak, pintu tandas yang reput, lantai parket yang sudah tertanggal, sinki tersumbat dll.

3. Jika rumah yang hendak dijual tidak mempunyai penyewa maka lakukanlah proses DECORATE rumah. Anda boleh cat rumah dengan warna warna yang menarik dan menghairahkan Hias sedikit dengan aksesori dan perhiasan bagi mencantikkan rumah tersebut.

3 point di atas sangat penting tatkala anda mahu menjual/menyewakan rumah. Ingat, segala keputusan prospek buyer adalah dari 'SITE VIEWING'. Itulah titik permulaan untuk menarik minat buyer membeli/menyewa rumah anda.

Jika pada point Site Viewing anda sebagai Seller gagal, maka anda akan menghadapi kesukaran menjual/menyewakan rumah kecuali anda menurunkan harga yang sangat rendah.

MB - Perunding Hartanah Kacak
0122716721
#EjenKacak

No comments:

Post a Comment