Friday, 1 May 2020

MANFAAT YANG TERPAKSA ANDA TERIMA DARI EBOOK NEWBIE RUMAH PERTAMA

Ramai yang mengalami masalah apabila hendak membeli rumah, ramai juga yang tidak tahu cara nak membeli rumah dengan betul dan tidak kurang juga ada yang ditipu sewaktu membeli rumah. Rata-ratanya mereka ini tidak mempunyai ilmu dalam urusan jual beli hartanah dengan baik. 


Macam kawan saya dulu waktu dia beli rumah, dia tiada ilmu masa membeli akhirnya dia membeli rumah yang lebih dari harga pasaran. Tragis! 
Ada seorang lagi kawan saya, saya tanya kenapa tak beli rumah lagi. Dia jawab takut tak layak pinjam bank. 

Jadi saya tolong dia buat semakan kelayakan dan ajar dia buat sendiri, akhirnya dah berjaya membeli rumah pertama. Syukur! 
Banyak lagi kisah kalau nak cerita tentang beli rumah pertama. Ada sahaja masalah yang akan muncul. 
Jadi, macam mana nak beli rumah pertama dengan betul ? 
Bertenang, ada penyelesaiannya. 
.
.
==============================
EBOOK NEWBIE RUMAH PERTAMA
==============================

Apa MANFAAT yang terpaksa anda terima dari ebook ini? 

1. Lebih jelas dan faham cara membeli hartanah dengan betul

2. Urusan jual beli hartanah menjadi lebih selamat

3. Pentingnya kewangan yang stabil

4. Dapat memahami undang-undang hartanah sepanjang urusan jual beli berjalan

5. Mempunyai keyakinan dan keberanian yang lebih untuk membeli hartanah. 

6. Nak beli rumah banyak pun senyum je bila dah tahu proses
Nak dapatkan manfaat tersebut ? 

Tak nak tersalah langkah lagi ? 

Tak nak ditipu kali ke-2 ? 
.
.
In syaa allah dengan harga yang tidak terlalu mahal RM 20, ebook setebal 90 muka surat ini dapat mebantu anda dalam misi memiliki rumah pertama. 
Jika berminat, sila klik:

==================================
==================================




Thursday, 23 April 2020

Ramai yang ambil mudah sebenarnya dalam urusan jual beli hartanah. Ya, beli hartanah ni nampak mudah, tapi tak semudah yang kome sangkakan. Nampak mudah sebab kome hanya tahu proses secara surface sahaja tidak secara teknikal. 


Kenapa saya kata penipu tu tak pandai? Sebabnya mereka yang ditipu tu tak celik hartanah. Individu yang tidak tahu langsung proses jual beli hartanah. Mereka inilah yang jadi sasaran si penipu tadi. 


Bila diri kita zero pasal hartanah, kemudian datang pula tawaran-tawaran yang menarik dari si penipu, jual hartanah dengan harga yang tak masuk akal, tak sukar untuk si penipu tadi menembusi emosi anda supaya membeli, sebab kita KOSONG. ‼️


Kita ambil contohlah, beberapa tahun lepas. Sebut je Alfafa mesti tahu kisah tragis ni kan? Scammer. Harga rumah dan tanah lot yang dijual oleh mereka ini sangat murah. Kalau difikirkan balik memang tak masuk akal dengan harga pasaran waktu itu. Bukan itu sahaja, jual tanah lot tapi tah tanah siapa-siapa tah dia ambil gambar, pacak banner kemudian buat iklan. Lepas tu claim tanah dia. Kalau tak caya tanya sahabat saya Khairul Ezuwan dan Afyan Mat Rawi dorang berdua ni tahulah dulu..Masya Allah.. 


Tapi, tetapi..... KENAPA ramai yang kena tipu dengan deme ni? Macam yeop katakan tadilah, bila diri tiada ilmu, maka berlakulah pembelian yang hanya bersandarkan kata-kata manis si penipu dan trust yang terbina terhadap mereka ini.


Kesian, kena tipu bukan sedikit, berpulu-puluh ribu chor! Duit habis dah rumah pun tak nampak. Paling kasihan ni deme yang gunakan duit pencen, duit KWSP  untuk membeli. Bergolok bergadai. Hangus macam tu jer! Nak dapatkan semula duit tu bukan mudah chor.. 😭 Mau sampai bila takkan dapat. Mandang ler.. 


Sebab tu lah, kalau boleh kita jangan kedekut nak melabur dalam ilmu hartanah. Tak kisahlah apa-apa ilmu. Ilmu ni penting, paling penting adalah ilmu asas. Kalau kome ada ilmu asas pun dah kira cukup dah. Bukan mahal pun melabur dalam ilmu. 


Daripada kerugian beribu-ribu ringgit, apalah salahnya rugi puluh-puluh ringgit dahulu supaya tak kena tipu di kemudian hari. 


Nak beli hartanah ni kenalah belajar cara-cara yang betul, proses yang terlibat, siapa yang terlibat, berapa kos terlibat, nak berurusan dengan siapa, macam-macam lagilah. 


Dalam ebook yeop yang baru tu ada yeop ajar dari A-Z proses beli rumah. Tinggal kome nak beli, baca dan praktik je. Sebab tu penting nya english edukesyen 😆


Cari asas dahulu, ni idak, gear 1 pun tak masuk lagi kome dah masuk gear 4. Umaihhh! 


Lagi satu pesan yeop, janganlah malas nak cari ilmu, asik tunggu nak kena suap je.. 


Tak kiralah bukan hanya dalam hartanah sahaja, benda-benda lain pun sama juga kalau kome nak buat sesuatu tu carilah ilmu dulu.


Terima kerana sudi membaca apa yang yeop tulis untuk kome ni. Kalau suka mohon SHARE la yer ❗

Ingat Yeop Ingat Hartanah ‼️




Wednesday, 22 April 2020

Bahagian 1
.
Sekarang ni kita dalam peperangan melawan Covid - 19. Impact dari wabak ini sangat besar kepada ekonomi negara dan rakyat. Wajar sekali pihak kerajaan mengambil langkah keselamatan dengan adanya PKP.
.
Akibat daripada ini banyak urusan yang tergendala dan mendatangkan kesan kepada individu. Contohnya yeop sendiri sebagai ejen hartanah, memang terkena tempias dan kesan daripada serangan wabak Covid-19 ini. 
.
Waktu PKP ni urusan jual beli rumah semuanya tergendala dan tak dapat diteruskan. Mana - mana owner yang nak jual rumah sebelum PKP terbantut keinginan mereka dek sebabkan pergerakan yang terbatas.
.
Ada  owner yang wasup minta tolong yeop untuk jualkan hartanah mereka dan ada juga yang minta pandangan apa yang perlu dibuat sebaik sahaja krisis covid-19 dan PKP ni tamat. 
.
Kasihan juga sebenarnya sebab ramai yang terdesak  sekarang ini sebab tiada duit dan kehilangan mata pencarian kesan daripada serangan wabak covid-19 ini. Paling terkesan yeop rasa adalah pemilik - pemilik bisnes.
.
Bukan itu sahaja mereka yang berkerja sendiri pun terkesan juga seperti ejen hartanah, peniaga kecilan dan lain-lain lagi.
.
Tapi apakan daya yeop dan kawan-kawan ejen hartanah yang lain tak mampu nak tolong waktu PKP ini, nak keluar  kemana-kemana pun tidak dibenarkan apatah lagi pergi tengok rumah yang owner minta jualkan. Nak bawa client pergi viewing pun tak boleh, malah pejabat tanah, pejabat peguam, dan beberapa institusi yang terlibat dalam urusan jual beli hartanah juga tutup sebelum ini.
.
Mujur juga semalam PM umumkan beberapa industri dibenarkan buka. Mungkin boleh bernafas sikit buat kami. Kalau ada kes yang pending untuk claim. 
.
Pendek kata memang semuanya terhenti. Yeop simpati sebenarnya dengan apa yang berlaku. Cuma apa yang yeop boleh buat sekarang ialah kumpul dulu listing dan database client. 
.
Terima kasih juga pada kerajaan kerana berikan kelonggaran tidak perlu membayar loan rumah selama 6 bulan. Alhamdulillah. Tetapi pada mereka yang terikat dengan LPPSA  mereka ini tidak ada pelepasan, mereka masih perlu membayar ansuran bulanan rumah.
.
Bukan itu sahaja, kemungkinan wang penyelenggaraan pun perlu dibayar walaupun terlepas dari ansuran bulanan tadi. Fasiliti  dan utiliti lain juga perlu dibayar. Pada masa ini yang diutamakan oleh mereka adalah perbelanjaan sara hidup dahulu.   
.
Walaupun begitu, kesan tetap juga dirasa,  disebabkan serangan wabak ini membuatkan segelintir pemilik-pemilik hartanah yang nak jual hartanah mereka tadi terdesak dan akibat kesempitan hidup. Kita tak tahu, mungkin sebelum waktu PKP lagi mereka ini sudah dalam fasa kesusahan dan mereka terpaksa menjual aset yang mereka ada, tapi apakan daya tak sempat nak jual disebabkan berlakunya serangan wabak dan PKP. 
Maka pilihan lain yang mereka ada adalah menjual hartanah mereka selepas semua ini berakhir.. Terpaksalah mereka menunggu..
.
Cuba bayangkan apa jadi selepas PKP jika mereka ini nak jual rumah? 😉
.
Bersambung...