Tuesday, 30 June 2015

Nilai DSR Mempengaruhi Pinjaman Perumahan

Gua memang tak tahu apa itu DSR waktu masa dahulu. Tapi lepas gua follow sifu gua Abang Ensem, gua dah boleh bangga sebab dah tahu term DSR ni.

DSR adalah ringkasan kepada Debt Service Ratio, di mana ia merupakan nisbah hutang (komitmen) berbanding pendapatan anda. 

Semakin tinggi nilai peratus DSR anda, bermaksud  sebahagian besar pendapatan anda digunakan untuk membiayai hutang, dan ini menunjukkan anda berada di paras bahaya untuk mendapatkan pinjaman baru.

Jumlah Komitmen + ( Installment Rumah Baru ) / Jumlah Gaji Bersih X 100%

Kebanyakan bank membenarkan nilai DSR tidak melebihi 70%. Bermakna sekiranya ansuran pinjaman perumahan baru anda dan semua hutang lain tidak mencecah 70% daripada jumlah pendapatan bersih korang layak untuk mendapatkan pinjaman tersebut, in syaa allah. Ada juga bank yang tidak membenarkan DSR korang melebihi 50%-60%. Setiap bank berlainan nilai DSR nya.

Jadi sebelum korang buat temujanji dengan gua untuk beli rumah, seeloknya korang kiralah DSR dahulu untuk tahu samada loan perumahan korang lepas atau tidak. Jika tidak nanti sia sia sahaja duit booking 3% yang korang dah bayar. 

Tetapi kebiasaan sebagai perunding hartanah korang gua dengan baik hati, amanah, fathonah, dahlah baik kacak pulak tu memang akan bantu kirakan DSR korang. Supaya senang gua boleh tahu berapa tinggi loan korang boleh lepas. Jadi jangan segan untuk memberitahu komitmen dan gaji anda pada gua. 



No comments:

Post a Comment